UTAMA                   BAHAGIAN PENDIDIKAN                   KALENDAR AKTIVITI                   JAIM                   GEDUNG ILMU                   HUBUNGI KAMI
KATA ALUAN

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

DARI MEJA PENGARAH

Encik Sulaiman Bin Harmain Shah
Pengarah JAIM

Selamat Menyambut Hari Guru

FORUM


PENGENALAN ARMS

E-Belajar

E-PENDAFTARAN
NO. SIJIL KELAHIRAN / K/P

Belum mendaftar?
Klik sini untuk daftar.

PEKELILING BAHAGIAN
Pekeliling
Arahan
ENJIN CARIAN
KATA CARIAN


PENAJA


e-Mail Awam

MAKLUMBALAS PELANGGAN
website hit counter
website hit counters
  • Menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam menjadikan Melaka Negeri IT.
  • Menyahut cabaran pendidikan alaf baru bersesuaian dengan dasar dunia tanpa sempadan.
  • Untuk menrealisasikan Sistem Sekolah Pintar Integrasi (Agama) yang pertama di Malaysia.
  • Menyambung usaha Kerajaan Persekutuan mengwujudkan Sekolah Bistari dibawah program Smart School iaitu salah satu dari matlamat utama perlaksanaan MSC.
  • Memartabatkan fungsi dan kemampuan Sekolah-sekolah agama serta penyebaran ilmu-ilmu secara tepat dan tidak dimanipulasikan oleh golongan yang cuba memesongkan ajaran Islam yang sebenar.
  • Menjadikan Guru dan pelajar JAIM pintar It dan bersedia serta tidak ketinggalan di dalam arus ICT.
  • Memupuk minat di dalam bidang ICT serta memberikan kemahariran ICT kepada lulusan JAIM.
  • Menyediakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang canggih dan terkini.
  • Mempromosi Melaka sebagai Negeri Ilmu sesuai dengan ciri-ciri sejarah.
  • Mempromosi pelancongan ILMU dan Sekolah-sekolah JAIM sama ada di dalam dan diluar negara.
  • Menarik minat bagi rakyat negeri Melaka agar memahami dan mempelajari IT agar tidak ketinggalan dari ilmu dan penggunaan.
  • Menjana sumber kewangan bagi sekolah bagi pengurusan dan pembelian peralatan tambahan bagi infrastruktur ICT.
  • Pelajar JAIM
  • Guru JAIM
  • Kakitangan Pentadbiran JAIM
  • Pelajar –pelajar luar JAIM dari dalam dan luar negara
  • Pentadbir institusi-institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  • Pelajar timur tengah dan Dunia Melayu Dunia Islam yang ingin belajar jawi dan Bahasa Malaysia.
  • Orang perseorangan yang ingin mempelajari agama atau membaca dan menulis arab atau jawi.
  • Syarikat-syarikat mempromosi produk dan memperkenalkan syarikat kepada umum.
  • Pengawai-pegawai kerajaan yang ingin mempelajari tulisan jawi dan lain-lain berkaitan agama.
  • Jabatan-jabatan agama Islam seluruh dunia.
  • Mengemukakan Portal serta perisian secara WEB BASED agar mudah diakses oleh mana-mana pihak yang berdaftar.
  • Menambah kecekapan pengurusan organisasi sebuah jabatan atau institusi pendidikan.
  • Mempromosi Melaka dan JAIM kemata dunia dan boleh digunakan sebagai promosi untuk program-program Kerajaan Negeri seperti Dunia Melayu Dunia Islam dan lain-lain.
  • JAIM tidak perlu mengeluarkan peruntukkan bahkan akan menerima pendapatan dalam jangka masa panjang.
  • Dapat memperkenalkan BP JAIM keseluruh dunia.
  • Mencipta peluang e-dagang dan pendedahan kepada pelajar serta kakitangan.
  • Jalinan strategik bersama e-masjid dan e-komuniti serta portal-portal lain yang telah dilaksanakan.
  • Meningkatkan prestasi pelajar dari segi pencapaian akademik dan keupayaan mengendalikan program-program ICT.
  • Satu pendekatan baru yang paling efektif di dalam perlaksanaan projek-projek ICT oleh JAIM dan bakal diikuti oleh Negeri –negeri lain.
  • Dapat memperkembangkan budaya rumpun Melayu seperti tulisan JAWI dan Khat dengan lebih efektif
    Application Resources Multimedia School (ARMS) merupakan suatu aplikasi unik bagi Sekolah Bestari Integrasi (SBI). Aplikasi ini menyediakan perkara-perkara berikut:-

    e-rekod
    e-rekod (rekod maya) menyediakan database (pangkalan data) bagi semua pelajar dan individu yang terlibat dengan bahagian pendidikan JAIM. Maklumat seperti nombor id pelajar, kehadiran, kad sulit, kad kesihatan, pinjaman buku teks, ko-kurikulum juga akan disimpan di dalam sistem ini.

    e-pengurusan
    Pengurusan sekolah dan PIBG disediakan di dalam sistem ini disamping mesyuarat secara online dan merekod aktiviti-aktiviti pengurusan dan kewangan menjadi lebih mudah.

    e-paub
    (Program Analisis Ujian Berkala) akan memaparkan statistik pelajar dalam satu kelas atau sekolah atau individu bagi tujuan pemantauan oleh guru dan jabatan. Keputusan ujian bulanan dan peperiksaan akan direkod dibawah sistem ini. Ibubapa dan pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan pelajar melalui kad laporan ujian elektronik (maya) selain cetakan komputer untuk pengesahan keputusan.

    e-tuisyen
    Menyediakan landasan kelas tuisyen secara online menggunakan teknologi maklumat yang terkini.Pelajar boleh melihat dan mendengar tutorial yang disediakan serta membuat pertanyaan kepada guru-guru yang terlibat .Komunikasi dua hala ini juga akan membolehkan pelajar menikmati nota-nota tambahan selain tutorial yang menarik.

    e-pendaftaran
    Sistem ini membolehkan pelajar membuat permohonan kemasukan sekolah-sekolah JAIMsecara online selain merekod pendaftaran pelajar sedia ada.Permohonan pertukaran sekolah dan status permohonan boleh didapati secara atas talian.

    e-peperiksaan
    Membolehkan pendaftaran peperiksaan pelajar dibuat secara online.Ini secara tidak langsung membolehkan pelajar mengambil peperiksaan agama secara online. Ia juga akan memaparkan keputusan peperiksaan dan maklumat pendaftaran peperiksaan seperti angka giliran dan sebagainya. Kini pelajar bukan sekolah agama boleh mengambil peperiksaan SMA di Melaka.

    e-belajar
    e-belajar atau pembelajaran maya menyediakan kemudahan kepada di dalam penyediaan bahan pengajaran bagi pelajar pula bahan – bahan pembelajarn seperti nota, peta minda dan soalan-soalan latihan akan disediakan bagi semua matapelajaran. Pelajar boleh membaca dan berlatih menjawab soalan secara online dan cetakan computer. Pelajar yang lemah atau kurang memahami bab-bab tertentu boleh membuat pertayaan secara online dengan guru-guru yang bertugas. Ibubapa kini tidak perlu membeli buku-buku rujukan yang banyak kerana anak tuan-tuan kini boleh membuat rujukan atau melihat nota secara terus dari portal pada bila-bila masa.

    e-sijil
    Sistem akan membolehkan ibubapa dan pelajar mengambil transkrit peperiksaan atau sijil peperiksaan termasuk sijil berhenti sekolah secara online beserta cetakan komputer.

    e-yuran
    Pembayaran yuran kini menjadi lebih mudah dan selamat dengan wujudnya sistem ini. Ibubapa tidak perlu hadir ke sekolah atau memberi sejumlah wang kepada anak-anak bagi pembayaran yuran sekolah. Ini kerana sistem ini membolehkan bayaran yuran melalui bank yang ditetapkan atau menggunak an kad kredit dan resit bayaran(pengesahan) boleh dicetak terus dari komputer.

    e-Insuran
    Portal ini juga menyediakan sistem e-Insuran bagi penyemakan sumbangan dan tuntutan. Sistem e-Asrama bagi penyemakan kekosongan asrama dan membolehkan ibubapa mengetahui aktiviti keluar masuk pelajar di asrama. Sistem e -Alumni juga disediakan bagi maklumat pelajar yang di simpan dalam e-Rekod bagi membolehkan bekas pelajar menyumbang kepada sekolah-sekolah JAIM

    e-koperasi
    Urusan pendaftaran keahlian koperasi, pembelian barangan serta pembayaran kini menjadi lebih cekap dan cepat. Sistem ini menyediakan kemudahan tersebut secara online. Kini ibubapa tidak perlu lagi memberi wang yang banyak kepada pelajar untuk pembelian di koperasi kerana ia boleh dibuat secara online menggunakan kad kredit atau online dibank yang terpilih. Ibubapa dan pelajar juga boleh menyemak produk yang dijual dan harga yang ditawarkan.

    e-perpustakaan
    Menyediakan sistem pengurusan pemeriksaan rekod buku, pinjaman buku, serta imbasan buku tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Pelajar boleh membaca buku-buku yang disediakan secara online untuk menambah pengetahuan.

    Latihan
    Setiap pelajar juga akan diberikan latihan penggunaan portal dan pembelajaran komputer terutama menggunakan perisian arab dan jawi serta bahasa inggeris oleh unit bergerak yang akan pergi ke sekolah-sekolah mengikut giliran yang ditetapkan.


© 2004 Jabatan Agama Islam Melaka. Hak Cipta Terpelihara
Managed by: BAHAGIAN PENDIDIKAN , JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA