UTAMA                   BAHAGIAN PENDIDIKAN                   KALENDAR AKTIVITI                   JAIM                   GEDUNG ILMU                   HUBUNGI KAMI
KATA ALUAN

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

DARI MEJA PENGARAH

Encik Sulaiman Bin Harmain Shah
Pengarah JAIM

Selamat Menyambut Hari Guru

FORUM


PENGENALAN ARMS

E-Belajar

E-PENDAFTARAN
NO. SIJIL KELAHIRAN / K/P

Belum mendaftar?
Klik sini untuk daftar.

PEKELILING BAHAGIAN
Pekeliling
Arahan
ENJIN CARIAN
KATA CARIAN


PENAJA


e-Mail Awam

MAKLUMBALAS PELANGGAN
website hit counter
website hit counters

Informasi

Sila pilih kategori berita di bawah.

Berita Pendidikan  |   panduan pelajar  |   renungan  |   sudut ilmiah  |  

  RENUNGAN
  BALASAN SETIMPAL PERBUATAN

KALAMULLAH

DAN kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan.(As-Saffat : 39)


Huraian:


Ayat ini menceritakan perihal setiap manusia akan dibalas mengikut apa yang mereka kerjakan.


Bagi orang yang berbuat kebaikan dan kebajikan semasa hidup didunia, maka Allah s.w.t. akan membalas mereka de-


ngan balasan pahala dan balasan syurga yang penuh kenikmatan.


Sebaliknya, orang yang ingkar dan derhaka kepada Allah s.w.t., mereka akan diberi pembalasan seksa yang pedih di akhirat.


Orang yang taat dan patuh mengerjakan setiap suruhan dan perintah-Nya, mereka tidak perlu takut kerana Allah s.w.t. telah berjanji bahawa Dia akan memberi balasan mengikut apa yang telah mereka kerjakan.


Allah juga menyatakan bahawa apabila banyak kebaikan dan kebajikan yang di-


kerjakan, maka mereka akan mendapat banyak balasan pahala, begitu juga sebaliknya.


Dewasa ini, teknologi semakin berkembang dan semakin mudah, manusia perlu memanfaatkan segala kemudahan pada jalan yang betul dan lebih bermanfaat agar segala kerja, usaha dan amal mereka dire-


dhai oleh Allah s.w.t.


Sekiranya semasa di dunia amalan baik yang dilakukan, sudah tentulah mereka akan mendapat balasan keampunan dan rahmat Allah s.w.t. serta dibalas dengan syurga.


Begitu juga sebaliknya, sekiranya seseorang itu derhaka kepada hukum Allah s.w.t., maka tentulah akan mendapat balasan yang setimpal.


Kesimpulan:


Sesungguhnya Allah s.w.t. akan membalas setiap perbuatan manusia sama ada baik atau buruk, walaupun apa yang di-


kerjakan itu amat kecil, sekalipun sebesar zarah ia akan dibalas sesuai amalan hamba-Nya itu.


- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Oleh 2uk3y pada 11 July 2005
Baca: 59 | Cetak
© 2004 Jabatan Agama Islam Melaka. Hak Cipta Terpelihara
Managed by: BAHAGIAN PENDIDIKAN , JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA