UTAMA                   BAHAGIAN PENDIDIKAN                   KALENDAR AKTIVITI                   JAIM                   GEDUNG ILMU                   HUBUNGI KAMI
KATA ALUAN

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

DARI MEJA PENGARAH

Encik Sulaiman Bin Harmain Shah
Pengarah JAIM

Selamat Menyambut Hari Guru

FORUM


PENGENALAN ARMS

E-Belajar

E-PENDAFTARAN
NO. SIJIL KELAHIRAN / K/P

Belum mendaftar?
Klik sini untuk daftar.

PEKELILING BAHAGIAN
Pekeliling
Arahan
ENJIN CARIAN
KATA CARIAN


PENAJA


e-Mail Awam

MAKLUMBALAS PELANGGAN
website hit counter
website hit counters


Ucapan Aluan Y.A.B Ketua Menteri Melaka


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Portal Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah dapat dibangunkan dengan jayanya.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada JAIM kerana berjaya membangunkan gerbang pendidikan yang berteraskan Islam sekaligus dapat membuktikan bahawa sistem Pendidikan Agama Negeri juga mampu berkembang maju seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara.

Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan di era globalisasi diharapkan Portal Pendidikan JAIM ini dapat memainkan peranan kepada semua pihak dalam usaha memartabatkan pendidikan agama dan juga tulisan jawi.

Portal ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan sistem Pendidikan Agama Negeri yang boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Oleh kerana pembangunan portal ini masih diperingkat awal, saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menyokong dan membantu menjayakan portal ini supaya ia benar-benar dapat menjadi usaha yang akan mengharumkan nama kerajaan negeri.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada JAIM kerana dengan usaha dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi dalam membangunkan sistem Pendidikan berasaskan elektronik ini mampu membuktikan bahawa negeri Melaka sudah pun bersedia untuk mencapai sasarannya menjadi Negeri Maju pada tahun 2010.

Sekian,

Wassalam



Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

2004-11-09 13:48:10
Baca : 184
© 2004 Jabatan Agama Islam Melaka. Hak Cipta Terpelihara
Managed by: BAHAGIAN PENDIDIKAN , JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA