UTAMA                   BAHAGIAN PENDIDIKAN                   KALENDAR AKTIVITI                   JAIM                   GEDUNG ILMU                   HUBUNGI KAMI
KATA ALUAN

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka

DARI MEJA PENGARAH

Encik Sulaiman Bin Harmain Shah
Pengarah JAIM

Selamat Menyambut Hari Guru

FORUM


PENGENALAN ARMS

E-Belajar

E-PENDAFTARAN
NO. SIJIL KELAHIRAN / K/P

Belum mendaftar?
Klik sini untuk daftar.

PEKELILING BAHAGIAN
Pekeliling
Arahan
ENJIN CARIAN
KATA CARIAN


PENAJA


e-Mail Awam

MAKLUMBALAS PELANGGAN
website hit counter
website hit counters


Selamat Menyambut Hari Guru


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama merayakan Hari Guru pada tahun ini.

Tema "Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan" bertepatan dengan cabaran yang dihadapi profesion keguruan masa kini. Perubahan dunia yang terlalu pantas memerlukan kesungguhan pendidik menjana dan melaksanakan idea baru, disamping mempunyai keyakinan dan kecekalan untuk merealisasikan kegemilangan pendidikan.

Bagi memastikan proses penyampaian ilmu dapat dilaksanakan oleh guru dengan berkesan, usaha-usaha penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan secara berterusan. Selain dari itu, warga guru juga disarankan agar terus memperkuatkan iltizam dan usaha untuk meletakkan martabat profesion perguruan pada tahap yg dapat dibanggakan.

Kemajuan dan peningkatan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan pada tahun lalu adalah hasil usaha gigih para guru di semua peringkat. Sikap prihatian, rajin, tekun, berdisiplin dan fikiran terbuka merangsang kepada kejayaan dan kecemerlangan pendidikan sekolah-sekolah JAIM. Oleh itu sewajarnyalah pengiktirafan dan penghormatan harus diberi kepada guru oleh masyarakat dan Negara.

Akhir kata saya berharap para guru akan terus berusaha dan menabur bakti kepada anak didik kita untuk emlahirkan ummah yang bertaqwa dan berakhlak mulia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2005



Mad Yasir B. Mastakim
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka
2004-10-20 05:37:19

Baca : 718
© 2004 Jabatan Agama Islam Melaka. Hak Cipta Terpelihara
Managed by: BAHAGIAN PENDIDIKAN , JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA